Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Strategi ke arah menjadikan sabah sebagai “Seafood Hub”

1:50pm 20/04/2016 Leolerry Lajius 6 views Laporan Sidang DUN,Tempatan
(Dari kiri) Yahya, Timabalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

(Dari kiri) Yahya, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:Pelbagai strategi bakal dilaksanakan sebagai perancangan masa depan untuk menjadikan negeri Sabah sebagai negeri yang dikenali sebagai “Seafood Hub” termasuk pengeluar utama dalam pemprosesan hasil-hasil dan produk perikanan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, satu daripada pelan-pelan tindakan Jabatan Perikanan Sabah untuk dilaksanakan di seluruh Sabah bagi meningkatkan lagi perdagangan makanan laut adalah dengan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dalam sektor perikanan.

“Antara program utama yang dilaksanakan adalah dalam program sub-sektor akuakultur di bawah Program NKEA-Pertanian iaitu  membantu sub-sektor perikanan tangkap dan akuakultur dalam persaingan pasaran antarabangsa dan juga pembangunan produk perikanan tradisional,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Charles O Pang Su Pin yang bertanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan kawasan Sandakan sebagai sebuah hab pemprosesan makanan laut dan apakah pelan-pelan tindakan untuk meningkatkan lagi perdagangan makanan laut ini dan seterusnya membantu kawasan Sandakan untuk meningkatkan ekonominya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini terdapat empat Syarikat Peneraju di bawah EPP6 Program NKEA ternakan udang berintergrasi dan melalui komitmen keempat-empat syarikat ini ia akan menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 4,351 orang dalam pelbagai kategori.

“Dengan pematuhan pensijilan Malaysian good Agriculture Practice (MyGAP) dan Fish Quality Certificate (FQC), produk-produk akuakultur di negeri Sabah telah berjaya menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.”

“Setakat Oktober 2015 sebanyak 58 sijil telah diluluskan bagi ladang-ladang di negeri Sabah yang mana merupakan negeri tertinggi bagi pensijilan MyGAP dari 140 jumlah keseluruhan pensijilan di seluruh Malaysia,”katanya.

Tambah beliau, pihak Jabatan Perikanan turut melaksanakan program “Hygiene On Board” di mana hasil tangkapan vessel-vesel menangkap ikan yang mencapai paiawan kebersihan akan mudah menembusi pasaran Eropah melalui kilang-kilang pemprosesan ikan komersial.

“Program pembangunan produk hiliran perikanan dan keusahawanan bagi membantu pengusaha-pengusaha produk berasaskan makanan memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa juga turut dilaksanakan,”katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, usaha untuk mendalamkan lagi dasar laut di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu akan disusuli sewajarnya oleh pihak Operatur Pelabuhan yang bakal mengendalikan kendalian ‘Cruise Ships’ iaitu pihak Suria Capital Holdings Berhad.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey Suan, langkah itu akan diambil apabila semua operasi pelabuhan oleh Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dipindahkan sepenuhnya dari Kota Kinabalu ke Pelabuhan Sepanggar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kiulu Datuk Joniston Bin Lumai@ Bangkuai yang ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang untuk mendalamkan lagi dasar jeti di pelabuhan Kota Kinabalu supaya “Cruise Ship” dapat berlabuh.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan