Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

STPM 2014: Sabah catat peningkatan 1.14 peratus

Jame Alip bersama pelajar cemerlang STPM Sabah 2014 di SMK Takis, Papar. - foto Monica Gidong
Jame Alip bersama pelajar cemerlang STPM Sabah 2014 di SMK Takis, Papar. – foto Monica Gidong

PAPAR – Pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Sabah tahun 2014 meningkat sebanyak 1.14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, daripada seramai 6,069 calon yang menduduki peperiksaan itu, 5,903 calon atau 97.26 peratus lulus penuh berbanding 96.12 peratus pada tahun 2013.

“Dari aspek kualiti yang diukur berdasarkan Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK), juga menunjukkan peningkatan daripada 2.36 pada tahun 2013 kepada 2.48 pada tahun 2014, meningkat 0.12 mata,” katanya ketika berucap dalam majlis pengumuman keputusan Peperiksaan STPM 2014, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Takis Papar, di sini hari ini.

Jame berkata, daripada jumlah keseluruhan calon STPM 2014 yang mencapai kelulusan penuh, seramai 116 calon mendapat lima prinsipal (5P), 3,650 calon (lulus 4P), 1,149 calon (lulus 3P), 593 calon (lulus 2P) dan 395 calon mendapat satu prinsipal.

Beliau berkata, bilangan calon cemerlang STPM yang memperolehi keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNG) juga meningkat iaitu 16 orang pada tahun 2014 berbanding 15 orang pada 2013.

Mereka yang dipilih pelajar terbaik ialah ialah Fong Jian Yip (SM St.Mary Sandakan), Amirah Abdin (SMK Arshad Kota Belud), O’Nell Abraham Gapitar (Maktab Sabah), Nur Afiqah Roslan (SM La Salle Kota Kinabalu), Jacquline Ebit (SM All Saints Kota Kinabalu), Fionaricca Asui (SMK Bandaraya II Kota Kinabalu), Tania Goh (Sekolah Tinggi Kota Kinabalu), Low Meng Cheong (SMK Mat Salleh Ranau) dan Siti Norain Yukilin (SM Agama Mohamad Ali Ranau).

Selain itu, turut terpilih, Mardiana Sirajuddin (SMK Sandakan), Supiah Mohamad (SMK Muhibah Sandakan), Eva Noviantie M.Nasrun (SM.St.Mary Sandakan), Norfazilah Kalimuddin (SMK Elopura Sandakan), Lee Chien Hsien (SMK Tawau), Mohd Arief Salim (SMK Kuhara Tawau) dan Lim Choon Yi dari SM St.Patrick Tawau. Kesemua mereka mendapat PNGK 4.00.

Beliau berkata, dua daripada pelajar cemerlang itu, iaitu Fong Jian Yip dan Amirah Abdin juga adalah pelajar cemerlang STPM Peringkat Kebangsaan.

Dari segi pencapaian sekolah pula, Jame berkata sebanyak 51 buah sekolah di negeri ini mendapat keputusan 100 peratus lulus. Daripada jumlah itu 27 sekolah luar bandar dan 24 sekolah kawasan bandar.

“Ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 16 buah sekolah berbanding hanya 35 buah sekolah pada tahun 2013,” katanya.

Beliau berkata, antara sekolah itu ialah SMK Takis Papar, SMK Merotai Besar Tawau, SMK Elopura II Sandakan, SMK Putatan Penampang, SMK Jalan Apas Tawau, SMK Kunak, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SMK Madai Kunak, SMK Tansau Penampang, SM St.Mary Sandakan, SMK Agama Mohamad Ali Ranau, SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, SMK Agama Kota Kinabalu, SM La Salle, SM All Saints Kota Kinabalu, SMK Badin, SMK Tenghilan Tuaran, SMK Tamparuli Tuaran dan SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Tuaran. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan