Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,819

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stormtrooper mengemis

9:04am 18/12/2015 Pak Roshan 10 views Global
LELAKI berpakaian Stormtrooper membawa cawan plastik untuk mengemis.

LELAKI berpakaian Stormtrooper membawa cawan plastik untuk mengemis.

London: Dalam kisah Star Wars, Stormtrooper paling digeruni, tetapi kadang kala mungkin mereka juga memerlukan bantuan.

Video dimuat naik seorang penumpang kereta api, Thomas Evans, di London ini membuktikan perkara itu apabila menunjukkan seorang lelaki berpakaian ala Stormtrooper meminta sedekah daripada orang ramai.

“Saudara saudari sekalian. Minta maaf mengganggu perjalanan pulang anda malam ni. Disebabkan ‘First Order’ saya kini Stormtrooper gelandangan yang terpaksa bermalam di jalanan London.

“Saya mengharapkan anda semua cukup baik hati untuk mendermakan sedikit wang supaya saya dapat ke kedai malam ini. Semoga kuasa bersamamu,” katanya.

Dia kemudian menemui orang ramai seorang demi seorang sambil membawa cawan plastik untuk dimasukkan wang. Malah, ramai juga penumpang kereta api itu tidak kisah berkongsi sedikit wang mereka dengannya.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan