Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sting Bukit Aman Temui Heroin Pada Betis Dua Warga Pakistan Di KLIA

dadah dari pakistan

KUALA LUMPUR- Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Polis Diraja Malaysia menemui heroin seberat 6.3 kilogram (kg) pada dua warga Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru tiba dari Lahore Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata mereka ditahan pada pukul 1 tengah hari dan 10 malam.

“Mereka ditahan setelah didapati dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan, polis menemui empat bungkusan heroin seberat 6.3 kg yang dilekatkan pada kedua-dua bahagian betis mereka”, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis kemudiannya menahan seorang lelaki tempatan di sekitar Cheras pada malam yang sama dan lelaki terbabit dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah itu.

Sementara itu dalam kes berasingan Ahad lepas, pihak Sting menahan pula tiga lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka dan seorang wanita tempatan di tempat meletak kereta di Hutan Lipur Rimba Ampang, Selangor pada pukul 6.10 petang.

Noor Rashid berkata mereka ditahan dalam dua buah kereta dan setelah membuat pemeriksaan dalam sebuah daripada kereta itu, polis menemui 10 bungkusan plastik berisi 9,120 biji pil ekstasi seberat 2.7 kg dan tiga bungkusan plastik berisi 8,400 pil Erimin 5 seberat 2.3 kg yang disembunyikan dalam dua buah beg pakaian.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, pihak polis menyerbu pula sebuah rumah di Bukit Damansara di sini dan merampas 9,400 biji pil ekstasi anggaran berat 2.8 kg dan 2 kg syabu yang dijumpai dalam plastik pembungkus kopi segera.

Dalam serbuan pukul 12.30 malam itu, rumah berkenaan didapati tiada penghuni.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan dalam kedua-dua kes yang tidak mempunyai kaitan itu berusia lingkungan 21 dan 39 tahun yang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai kira-kira RM2.1 juta.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter rasmi beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan STING PDRM Bukit Aman kerana berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah tersebut.

“Syabas STING tumpas kumpulan seludup dadah Pakistan, tujuh orang ditangkap. Rampas heroin 6.3kg, ekstasi 5.5kg; erimin 2.3kg; syabu 2kg,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan