Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Stesen radio TV kurang siarkan lagu Rungus

Jelani (duduk, tengah) bersama warga seni artis Rungus pada majlis pertemuan tidak formal
Jelani (duduk, tengah) bersama warga seni artis Rungus pada majlis pertemuan tidak formal

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA)) tidak berpuashati dengan penyiaran lagu-lagu bahasa Rungus dalam siaran radio dan televisyen oleh stesen milik kerajaan dan swasta.

Presidennya, Dato’ Jelani Hamdan berkata, stesen radio dan televisyen yang menyiarkan lagu-lagu bahasa Rungus dapat dikira dan hampir tiada.

Katanya, ini berlaku mungkin disebabkan mereka menganggap bahawa Rungus hanya sebahagian daripada sub-etnik Kadanzan Dusun Murut (KDM) di Sabah dan tidak perlu diberi ruang yang wajar.

“Dengan pengiktirafan Kerajaan yang mengangkat bangsa Rungus sebagai etnik penuh baru-baru ini, dan dengan kekuatan kaum Rungus di Sabah dianggarkan lebih daripada 150 ribu orang, sudah tiba masanya stesen-stesen radio dan TV memberi ruang yang wajar dalam penyiaran lagu-lagu bahasa Rungus”, katanya.

Jelani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata demikian pada majlis pertemuan bersama Warga Seni Artis Rungus di sebuah restaurant disini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi SAMORA, artis-artis bangsa Rungus diketuai oleh Robert Angkangon. Artis lain yang hadir ialah Feraddy Okuling, Jaychintha, Donny Reyn, Frankie Pulian Masanggon, Fermon [email protected], Lyennie @ Elney G, Lewe Freedly (Lenz Freedy), Vincent Duan, Jane Kastum dan lain-lain.

Jelani berkata, beliau difahamkan kriteria yang diamalkan oleh pihak  RTM untuk membolehkan layak atau tidak sesuatu etnik dipertimbangkan kelulusan slot bahasa mereka di radio ialah jumlah mereka tidak kurang daripada 100 ribu orang.

“Bangsa Rungus di Sabah lebih daripada 150 ribu orang dan kebanyakan mendiami kawasan Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas, Kanibongan, Tangkarason dan Kota Kinabalu.

‘Ini bererti, bangsa Rungus telah memenuhi kriteria untuk mendapatkan slot siaran Bahasa Rungus di stesen radio yang dikendalikan oleh RTM seperti Sabah VFM yang menyiarkan slot Bahasa Kadazan, Dusun, Murut, Bajau dan lain-lain”, tegasnya.

Sehubungan itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Penyiaran Sabah dan wakil stesen radio swasta dalam tempoh terdekat bagi menyuarakan keperluan dan kewajaran mereka memberi ruang atau slot siaran bahasa Rungus.

Menurutnya, SAMORA sedia membantu stesen-stesen radio yang sedia ada sekiranya mereka menghadapi masalah mendapatkan penyampai (DJ) untuk mengandalikan siaran Bahasa Rungus.

Katanya, pihaknya telah melatih penyampai  (DJ) atau pengendali siaran bahasa Rungus menerusi Rungus FM Online yang disiarkan menerusi talian.

Jelani berharap, pihak RTM dan stesen radio swasta yang lain memberi ruang dan layanan yang wajar terhadap lagu-lagu bahasa Rungus dengan menyiarkannya setiap hari seperti juga bahasa-bahasa sukuan yang lain.

Jelani juga menggesa warga seni artis Rungus menubuhkan persatuan untuk memudahkan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar berbanding hanya secara solo.

“Saya difahamkan setekat ini Sabah mempunyai lebih daripada 100 orang penggiat seni dan artis berbangsa Rungus. Ini merupakan satu kekuatan yang perlu digembeling untuk memperjuangkan nasib dan masa depan artis dan penggiat seni Rungus”, tegasnya.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan