Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Stesen Kolam Air Panas Poring Akan Diperbesarkan

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew pada sidang media selepas Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk menaik taraf Stesen Kolam Air Panas Poring (SKAPP) bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke pusat pelancongan itu.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, SKAPP pada masa kini, kapasiti peluang untuk berkunjung ke Kolam Air Panas Poring telah mencapai tahap maksima pada satu-satu masa.

“Kemudahan sedia ada seperti tub individu, tub besar dan tub tertutup hanya menampung seramai 131 orang sahaja.

“Dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, kawasan ini dilihat boleh diperluaskan dengan menambah bilangan kolam air panas, kolam terbuka dan juga rumah chalet.

Christina Liew (topi putih) semasa lawatan ke Kolam Air Panas Poring. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Pelancongan

“Melalui keupayaan fasiliti sedia ada, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bercadang untuk membina kolam-kolam air panas mandian komunal serta pembinaan penginapan baharu di kawasan SKAPP,” katanya dalam satu sidang media selepas sesi soal jawab di Pesidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-15 di sini hari ini.

Beliau berkata, SKAPP dikenali sebagai salah satu tumpuan ramai yang mana menerima seramai 416,572 pelawat pada 2017.

Tambahnya, dengan cadanagn menaik taraf SKAPP itu bukan sahaja mampu meningkatkan bilangan pengunjung tetapi juga boleh menampung lebih ramai pelancong untuk menikmati mandian kolam air panas berkenaan tanpa perlu menunggu giliran.

Jelasnya, sekiranya kabinet negeri meluluskan cadangan berkenaan, satu kertas kerja akan disediakan untuk melaksanakan penaiktarafan SKAPP. –Oleh Alfred Petrus/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan