Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,301

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stesen janakuasa elektrik terbakar

11:06am 11/01/2017 Leolerry Lajius 861 views Sandakan,Tempatan

Stesen janakuasa elektrik yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

SANDAKAN: Stesen janakuasa elektrik di Kampung Cenderamata Jalan Batu Sapi terbabit dalam satu kejadian kebarakan kelmarin.

Kebakaran berkenaan melibatkan transformer 33/11kv yang mengandungi minyak “Insulation Oil” (minyak penebat di dalam transformer) di stesen janakuasa milik SESB berkeluasan 40 kaki lebar dan 40  kaki panjang.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.52 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 6.07 petang.

Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran Stesen janakuasa elektrik.

Pasukan bomba membuat pemadaman dengan membentang 300 kaki 2 pancutan menggunakan “foam” dan sumber air daripada jentera tanker dan pili bomba berhampiran.

Menurut pihak bomba, tekanan air pili bomba adalah rendah namun api berjaya dipadam pada jam 6.48 petang dan seterusnya pasukan bomba  melakukan kerja-kerja overhaul.

Kebakaran transformer ini menjejaskan bekalan elektrik disekitar karamunting dan Batu Sapi, Sandakan.

Operasi  melibatkan seramai 18 orang anggota dan 3 buah jentera serta 2 buah kenderaan utiliti.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran Stesen janakuasa elektrik.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan