Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stereng Axia Terkunci Tiba-Tiba Sebabkan Kemalangan?

8:35pm 01/11/2016 Pak Roshan 3657 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

axia

KECOH di media sosial apabila satu kejadian kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia menjadi viral di media sosial.

Persoalannya timbul apabila sebab kejadian itu berlaku dipercayai akibat sterengnya tiba-tiba terkunci hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbalik dalam insiden yang berlaku Ahad lalu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Sabah mengikut nombor pendaftaran kenderaan itu.

Gambar dan video tersebut dimuat naik The Viral Kini dalam laman sosial memaparkan keadaan kereta Perodua Axia berwarna hijau terbalik selepas sterengnya tiba-tiba terkunci.

Dua kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu turut dilaporkan rosak.Bagaimanapun, tiada info rasmi berhubung kejadian itu setakat ini.

Sebelum ini, pada Ogos lalu, seorang pengguna Axia di Pulau Pinang mendakwa stereng keretanya tiba-tiba terkunci dan menyebabkan dia, isteri dan anaknya cedera.

Namun, pihak Perodua mendakwa kejadian tersebut berpunca dari tayar kenderaan yang telah botak.

Kereta Perodua Axia yang dilancarkan dua tahun lalu pernah menjadi viral di media sosial susulan dakwaan sistem sterengnya tiba-tiba terkunci hingga menyebabkan kemalangan sejak awal tahun ini. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan