Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Starbucks Tutup Sementara Semua Cawangan Di Indonesia

36

SEMUA rangkaian kafe Starbucks di seluruh Indonesia diarah ditutup sementara susulan insiden letupan yang berlaku di Sarinah Mall, pagi tadi.

Dalam kenyataan media, jurucakap Starbucks menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

“Kami sangat sedih dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang berlaku di Jakarta hari ini. Ingatan kami adalah untuk semua penduduk Indonesia.

“Seorang pelanggan kami tercedera dan dirawat di lokasi kejadian dan semua pekerja kami dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Kafe ini dan semua rangkaian Starbucks di seluruh Indonesia akan ditutup sementara dan akan beroperasi semula sehingga notis dikeluarkan kelak.

“Kami akan sentiasa memantau situasi ini dan akan memberikan maklumat terperinci dari masa ke semasa,” kata wakil itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan