Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Starbucks Malaysia Buka Cawangan Ke-226 Di Labuan

starbucks

LABUAN : Starbucks Malaysia, sebahagian daripada rantaian kopi terbesar dunia Starbucks Corp, membuka cawangan ke-226 di sini.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia and Brunei, Sydney Quays berkata pembukaan itu seiring dengan sasaran syarikat untuk membuka 25 cawangan setahun di Malaysia.

“Selama 18 tahun operasi kami sejak ditubuhkan pada 1998, prestasi kami semakin kukuh dengan pembukaan lebih banyak cawangan di seluruh negara,” katanya kepada Bernama semasa uji rasa kopi sempena pembukaan cawangan Starbucks ke-226 di sini, Isnin.

Susulan cawangan Starbucks menerima sambutan menggalakkan, termasuk di bandar kecil di seluruh negara, beliau berkata, Starbucks Malaysia juga baru sahaja membuka cawangan di Segamat, Miri dan Sandakan.

Walaupun pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan menyebabkan prestasi jualan menurun, beliau berkata sokongan belian pengguna kepada jenama itu masih kukuh.

“Penyusutan ringgit juga tidak membantu kami. Oleh itu, bagi menangani keadaan itu, kami memperkenalkan program seperti kad kesetiaan pelanggan, setakat ini kami telah memberikan empat juta kad Starbucks,” katanya.

Starbucks Malaysia, diuruskan oleh Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd, ketika ini mempunyai lebih 4,500 kakitangan di 226 cawangan di Malaysia dan Brunei.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan