Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Star Wars: The Force Awakens pecah rekod

12:00pm 20/12/2015 Pak Roshan 12 views Global
PEMINAT Star Wars menjulang lightsaber mereka ketika Pertarungan Lightsabe LA di Dataran Pershing, Los Angeles, California, semalam. Ia diadakan sempena permulaan tayangan filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ di Amerika Syarikat.

PEMINAT Star Wars menjulang lightsaber mereka ketika Pertarungan Lightsabe LA di Dataran Pershing, Los Angeles, California, semalam. Ia diadakan sempena permulaan tayangan filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ di Amerika Syarikat.

Los Angeles: Filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ memecahkan rekod jualan tiket tayangan malam pembukaan di Amerika Syarikat dan Kanada serta dijangka meraih pendapatan tertinggi dalam industri perfileman.

Catatan menunjukkan filem terbaru epik angkasa lepas yang memang ditunggu-tunggukan tayangannya meraih AS$57 juta (RM245 juta) untuk hari pembukaannya, mengatasi dengan mudah rekod terdahulu – AS$43.5 juta (RM187 juta) – yang dicatatkan ‘Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2’ pada 2011.

Menurut Disney, dicampurkan dengan Jumaat, jualan tiket menjangkau AS$125 juta (RM536 juta) – rekod terbaru industri perfileman, yang tertinggi dalam sehari bagi sebuah filem dalam sejarah industri itu.

Sejak mula ditayangkan di seluruh dunia di luar benua Amerika Utara pada Rabu lalu, ‘The Force Awakens,’ mencatatkan jualan tiket berjumlah sekurang-kurangnya AS$130 juta (RM558 juta) dengan mencatatkan rekod baru di Britain, Jerman, Norway dan Sweden.

Penganalisis meramalkan, siri ke tujuh Star Wars itu yang menelan belanja AS$200 juta (RM858 juta) untuk diterbitkan berupaya mencatatkankan jualan terbesar untuk tayangan hujung minggu di samping menjadi filem paling banyak mendapat sambutan dalam sejarah.

Rekod tayangan pertama hujung minggu sebelum ini dipegang oleh ‘Jurassic World,’ yang mula ditayangkan awal tahun ini dengan catatan jualan tiket sebanyak AS$208.8 juta (RM892 juta). – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan