Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Star Wars punya hal

9:46am 24/12/2015 Pak Roshan 305 views Global
ROY ditahan selepas mengugut rakan Facebooknya.

ROY ditahan selepas mengugut rakan Facebooknya.

Montana (Amerika Syarikat): Seorang peminat fanatik Star Wars ditangkap polis kerana mengugut mahu menembak seorang pelajar yang membongkar jalan cerita sekuel terbaru filem itu, The Force Awakens.

Polis memberitahu, Arthur Roy dari Montana marah dengan kenalan Facebooknya itu selepas mangsa membongkar jalan cerita itu di laman sosial berkenaan.

Kedua mereka mula bertengkar di Facebook dan Roy didakwa menghantar gambarnya dengan senjata api.

Pegawai polis berkata, pelajar itu bimbang Roy akan menembaknya selepas lelaki itu mengugut akan mencari mangsa.

Sekolah pelajar itu juga diletakkan di bawah pengawasan polis selepas pihak berkuasa melihat gambar Roy bersama sepucuk pistol jenis Colt 1911.

“Budak itu ketakutan dan percaya ancaman itu benar. Dia juga percaya suspek akan datang ke sekolah dan menembaknya,” kata timbalan pendakwa raya, Melissa Broch.

Tayangan filem Star Wars: The Force Awaken memecah rekod pecah panggung dengan kutipan tiket AS$248juta (RM1.1bilion) juta) di Amerika Syarikat dan Kanada pada minggu pertama pembukaannya..

Roy ditahan pada Jumaat lalu atas dakwaan mengugut dengan senjata dan dibebaskan dengan ikat jamin AS$10,000 (RM42,983). – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan