Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

STAN Tidak Setuju MASwings Henti Penerbangan Ke Sandakan

SANDAKAN – Pemberhentian penerbangan MASwings ke Sandakan pada tahun hadapan bukan sahaja akan menjejaskan perkhidmatan udara ke daerah ini malah akan mengurangkan kedatangan pelancong.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Johnny Lim berkata pada masa sekarang MASwings memainkan peranan penting bagi penerbangan sektor Sandakan-Kota Kinabalu.

“Jika MASwings menghentikan penerbangan ke Sandakan, ia akan menjejaskan industri pelancongan di daerah ini yang pada pada masa sekarang kedatangan pelancong adalah rendah.

“Kami berharap, penerbangan MASwings ke daerah ini tidak dihentikan sehingga satu perancangan kukuh diambil,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan The Star semalam yang memetik Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang Parlimen menyatakan MASwings akan menghentikan operasi untuk enam laluan di Sabah dan Sarawak pada tahun depan untuk memberi laluan untuk sistem penerbangan komersil.

Laluan itu adalah Kota Kinabalu – Sandakan, Kota Kinabalu – Tawau, Kota Kinabalu – Miri, Kuching – Miri, Kuching – Kota Kinabalu, and Kuching – Sibu.

Johnny berkata Sandakan hanya mempunyai penerbangan terus dari Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Tawau.

Menurutnya, syarikat penerbangan Cebu yang sepatutnya melaksanakan penerbangan sulung dari Zamboanga, Filipina ke Sandakan pada 28 Okt lepas juga telah membatalkan penerbangan itu tanpa sebab yang tidak diketahui oleh pihaknya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan