Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

STAN BERI TUMPUAN JADIKAN SANDAKAN KAWASAN PELANCONGAN LESTARI

sdk

SANDAKAN, 13 Jan : Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) akan memberi tumpuan kepada usaha menjadikan daerah ini sebagai sebuah kawasanpelancongan lestari yang diiktiraf peringkat antarabangsa.

Presidennya Johnny Lim berkata ia sejajar dengan Sandakan yang dikenali sebagai kawasan pelancongan berkonsepkan alam semulajadi di Sabah.

Untuk tujuan itu, beliau berkata ahli persatuan STAN yang terdiri daripada industri perhotelan, ejen pelancongan, pengusaha pusat peranginan dan pemandu pelancong akan menjalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan berkaitan.

“Ahli persatuan akan menyediakan landasan sokongan yang boleh dipercayai bagi membolehkan pemegang saham menyampaikan misi.

“Pada masa sama, persatuan akan mengutamakan keselamatan aset semulajadi pelancongan dan melaksanakan amalan pengurusan yang lebih baik bagi memastikan pembangunan lestari industri pelancongan Sandakan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tahunan pertama persatuan itu di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, turut diadakan pemilihan ahli jawatankuasa menyaksikan Johnny dipilih sebagai presiden, Alexander Yee (naib presiden), Amy Chin (bendahari), Vivian Chu (setiausaha) dan Felix Kah (timbalan setiausaha).

Johnny berkata persatuan itu yang telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bulan lepas mempunyai sebanyak 13 ahli.

Katanya sebelum usaha menarik lebih banyak ahli menyertai persatuan itu, tumpuan terlebih dahulu diberikan untuk melaksanakan wawasan persatuan yang antara lain melaksanakan pengurusan persekitaran baik dan mempunyai bandar semulajadi yang menyediakan peluang perniagaan khususnya berasaskan pelancongan.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan