Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Stacy suntik semangat Akim menerusi lirik

PENYANYI, Stacy, mencuba bakat dalam penulisan lirik menerusi lagu Rampas dendangan Akim & The Majistret. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy Anam, menyuntik kata semangat buat suaminya, Akim Ahmad, yang kehilangan ibu dan nenek tercinta, menerusi garapan indah diluahkan dalam lagu Rampas.

Stacy berkata, Akim pula tertarik untuk memilih seni kata terbabit bagi lagu baharu The Majistret bukan disebabkan statusnya sebagai isteri, sebaliknya lebih kepada susunan lirik itu sendiri.

“Inilah kali pertama saya mencabar diri untuk menghasilkan lirik, sekali gus menyuntik kata-kata semangat buat Akim.

“Melihat kesedihan dialaminya apabila berdepan dua dugaan besar dalam tempoh yang dekat, secara tidak langsung saya mendapat inspirasi untuk menghasilkan lirik.

“Berdasarkan melodi dihasilkan, saya menyusun kata-kata dengan indah, khas buat lagu Rampas. Akim sendiri turut memberikan tunjuk ajar kerana saya masih baharu dalam bidang penulisan,” kata Stacy.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, menggunakan nama pena Bunga Cantik untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan lirik. Akim pula menghasilkan lagu di bawah nama Hang Nadim.

Single terbaru The Majistret yang turut mendapat sentuhan melodi Hang Nadim dan Laq bakal dilancarkan menerusi platform digital pada 31 Ogos ini.

“Ia mengisahkan mengenai kerelaan seseorang untuk melepaskan insan yang dicintai dengan reda. Kematian itu pasti. Biarpun perit untuk menerima suratan berkenaan, namun hidup harus diteruskan demi mereka di sekeliling kita,” katanya kepada BH Online.

Mei lalu, menerusi perkongsian di Instagramnya, Akim berkongsi berita mengenai pemergian ibunya, Aminah Bahari, 54.

Kesedihan penyanyi dan komposer itu berganda apabila nenek tersayang juga menghembuskan nafas terakhir, tidak lama kemudian.

Selepas melihat Akim sering memuat naik foto bersama arwah ibu, peminat yang prihatin meminta artis lelaki terbabit menerima ketentuan Allah. – Oleh Farhana Ab Rahman/BH Online

STACY dan Akim bersama dua permata hati mereka, Bella dan Eshaal. – Foto Zunnur Al Shafiq

Komen


Berita Berkaitan