Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stacy mengidam makanan Sabah masakan ibu

11:10pm 17/11/2016 Pak Roshan 1496 views Hiburan,Mutakhir
STACY dan Akim

STACY dan Akim

KUALA LUMPUR: Ketika kandungannya memasuki usia tujuh bulan, penyanyi, Stacy, mengaku sesekali beliau teringin menjamah hidangan dari Sabah yang disediakan ibunya.

Justeru, ada masanya, beliau menerbangkan ibunya, Agnes Kaloos, 58, ke ibu kota semata-mata untuk menyediakan masakan negeri kelahirannya.

“Begitupun, saya bukanlah mengidam keterlaluan. Selalunya, apa yang saya ingin makan itu pernah dijamah sebelum ini.

“Cuma, kadang-kadang apabila datang angin tak menentu, saya mahu makan makanan dari Sabah. Tak kisah apa makanannya, janji ia dari Sabah. Sesekali, ibulah yang terpaksa melayan kerenah saya yang pelbagai ini.

“Makanan itu pula tidak kiralah sama ada menu tradisional, sup atau sebagainya. Paling penting, ia adalah hasil air tangan ibu,” katanya kepada BH Online.

Isteri kepada Akim ini, beliau kini dapat berasakan nikmat hamil.

“Ketika inilah saya boleh mengada-ngada hendakkan pelbagai benda. Masa inilah juga kita mahu dimanjakan lebih daripada biasa,” ujar Stacy yang bertindak menarik diri daripada pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 31, baru-baru ini, berikutan kandungannya yang semakin membesar.

Beliau sepatutnya mempersembahkan lagu Romeo pada pertandingan itu, namun tempatnya digantikan dengan Mimifly.

Stacy yang berkahwin dengan vokalis The Majistret itu pada Februari lalu juga berkata, beliau tidak sabar untuk bergelar ibu.

“Apabila bayi mula menendang perut, itulah nikmat paling istimewa,” katanya yang mengaku cepat penat, apatah lagi dengan berat badan yang semakin bertambah.

Ditanya mengenai jantina anak, penyanyi yang sinonim dengan irama rancak ini berkata, beliau menerima apa saja rezeki diberikan Tuhan.

“Cuma kalau boleh, Bella (anak angkatnya) inginkan adik perempuan sebab kononnya boleh jadi kawan dia nanti. Saya dan Akim tidak kisah pun, janji cukup sifat dan sihat walafiat,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan