Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stacy lancar lagu baharu sempena hari lahir

4:02pm 17/08/2016 Pak Roshan 188 views Hiburan

stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy, bakal melancarkan single terbaharu berjudul Bila-Bila karya komposer Edry Abdul Halim sempena hari jadinya, esok.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, beliau memilih untuk melancarkan produk terkini bagi mengekalkan momentun single Romeo ciptaan suaminya sendiri, Akim Ahmad.

“Saya bakal tampil dengan single berjudul Bila-Bila, yang sekali lagi dicipta oleh Edry. Beliau sememangnya sudah mengetahui rentak dan identiti saya sebagai penyanyi.

“Tarikh berkenaan pula dipilih sempena ulang tahun kelahiran saya ke-26 dan diharapkan ia dapat diterima baik oleh peminat seperti sambutan yang diberikan terhadap lagu Romeo,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Stacy beberapa kali menyanyikan lagu ciptaan anggota KRU itu termasuk Pakai Buang, Kisah Dongeng dan Jahat.

Stacy yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah, bagi meraikan perkahwinan sepupunya turut meluahkan keterujaan menyambut hari jadi di negeri kelahirannya sendiri.

Dalam perkembangan terkini, Stacy dan suaminya berduet menyanyikan lagu tema produk minuman Yeo’s mewakili jenama itu.

“Lagu duet ciptaan Omar K dan Faizul itu dibuat khas sempena kempen mempromosikan Yeo’s #rentakbahagia yang menampilkan kami berdua sebagai duta.

“Mudah bekerjasama dengan mereka kerana masing-masing komposer yang penuh dengan kreativiti dan idea baharu. Malah, saya juga mengenali mereka secara dekat.

“Alhamdulillah, mungkin status kami sebagai suami-isteri menjadikan kerja lebih senang. Kata orang, keserasian yang ada melancarkan proses rakaman,” kata Stacy. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan