Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Stacy duet lagi dengan suami

SERI KEMBANGAN: Keinginan penyanyi, Stacy Anam, untuk sekali lagi berpadu suara dengan suaminya, Akim Ahmad, bakal direalisasikan tahun ini selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2016.

Katanya, faktor kekangan waktu, kesibukan dengan kerjaya seni masing-masing dan ketelitian mencari bahan membuatkan hasrat berkenaan tertangguh agak lama.

“Selepas genap setahun melahirkan anak, saya kini sudah bersedia untuk melaksanakan beberapa projek baharu, apatah lagi Eshaal juga semakin mudah dijaga.

“Antaranya, sudah tentu kolaborasi bersama suami sendiri kerana ramai yang bertanyakan mengenai perkara itu. Mereka ingin tahu, bila lagi kami mahu menghasilkan single baharu selepas kali akhir muncul dengan Rentak Bahagia.

“Rasanya, tahun ini memang waktu paling tepat untuk berbuat begitu. Cuma, kami perlu betul-betul memilih lagu sesuai dan menepati cita rasa pendengar,” katanya pada majlis Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di sini.

Menerusi perkahwinan Stacy dan Akim, mereka dikurniakan Eshaal Afiq Akim yang dilahirkan pada 17 Februari 2017, selain mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 6.

Terdahulu, pasangan serasi yang sudah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu itu beberapa kali merakamkan lagu bersama seperti Kembali dan Jahatnya Cinta.

Sementara itu, berkongsi mengenai pembabitannya dengan SL1M, Stacy memaklumkan dirinya teruja untuk menyertai program itu sekali gus berkongsi pengalaman dengan peserta.

“Saya dan rakan lain termasuk Faizal Tahir, Marsha Milan, Ara, Atu Zero, Andi Bernadee dan ramai lagi akan terbang ke Sabah bagi berkongsi pengalaman kami.

“Inilah antara sumbangan kami kepada belia di sana. Sebagai anak seni, saya nampak pembabitan dalam acara sebegini umpama menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan