Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Stacy Anam Akui Masih Belajar, Belum Sedia Bertudung

10:06am 07/08/2016 Pak Roshan 343 views Hiburan,Mutakhir
PENYANYI Akim Ahmad dan tunangnya, Stacy. - Foto ihsan Instagram Akim Ahmad

PENYANYI Akim Ahmad dan tunangnya, Stacy. – Foto ihsan Instagram Akim Ahmad

SELEPAS hampir setahun memeluk agama Islam sebelum mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad, Stacy Anam mengakui dirinya masih belum bersedia untuk bertudung sepenuhnya.

Menurut Stacy, dia mahukan perubahan itu berlaku secara semulajadi dan datang dari hati yang ikhlas untuk memakai tudung, bukan secara paksaan kerana disuruh oleh pihak tertentu.

“Sebenarnya Akim banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Pendekatan yang digunakan oleh Akim lebih relax, santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama.

“Akim tak pernah memaksa dan memberikan saya banyak masa. Bukan muda untuk saya mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan sebutan bacaan Al-Quran.

“Jika berkaitan dengan tudung, berilah saya sedikit masa. Saya tak mahu berubah dengan drastik dan tergesa-gesa atas dasar desakan orang lain. Biarlah ia berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak diri saya sendiri,” katanya kepada Projek MMO.

Stacy juga memberitahu bahawa Akim tidak pernah lalai dalam membimbing dan mendidiknya dalam hal berkaitan agama islam dan itu menyebabkan dia memahami dan mendalami islam dengan lebih mudah.  – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan