Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

STA, MOTAC dan Tourism Malaysia Sabah anjur lawatan suai kenal dan rangkaian perniagaan ke Pitas dan Kota Marudu

3:43pm 29/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Aktiviti,Alam Semulajadi,Berita Pelancongan,Berita Pilihan,Kudat,Pelancongan,Tempat Menarik,Tempatan
KENANGAN... Awang Zaki merakamkan gambar kenangan bersama ahli- ahli STA, wakil Tourism Malaysia Sabah dan para media di  Dataran Bengkoka, Pitas.

KENANGAN… Awang Zaki merakamkan gambar kenangan bersama ahli- ahli STA, wakil Tourism Malaysia Sabah dan para media di Dataran Bengkoka, Pitas.

KOTA MARUDU: Persatuan Pelancongan Sabah (STA) dengan usahasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Tourism Malaysia Sabah (TM) telah menganjurkan satu lawatan suai kenal ke daerah Kota Marudu dan Pitas.

Lebih kurang 40 orang termasuklah ahli- ahli STA, wakil- wakil dari MOTAC dan TM serta para media telah menyertai lawatan selama dua hari yang bermula 26 hingga 27 November yang lalu.

Pengarah MOTAC Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, lawatan tersebut bertujuan meneroka lebih banyak destinasi- destinasi menarik di negeri ini khususnya di daerah Kota Marudu dan Pitas.

” Lawatan kali ini lebih kepada meneroka destinasi baru dan bagaimana untuk menarik lebih banyak pelancong mengunjungi kawasan- kawasan tersebut.

“Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada para agensi pelancongan dibawah STA untuk meneroka destinasi baharu dan mempromosi atau menawarkan pakej pelancongan yang baharu kepada para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Lawatan Suai Kenal dan Rangkaian Perniagaan ke Pitas dan Kota Marudu, baru- baru ini.

Para peserta telah dibawa melawat Pekan Goshen, melihat demonstrasi menganyam atap nipah, dan Sorinsim Substation di Kota Marudu selain mengunjungi Dataran Bengkoka dan Coleman House di Pitas.

Menurut Ahmad Zaki, pihaknya yakin bahawa destinasi- destinasi tersebut bakal menjadi tumpuan para pelancong asing dan tempatan pada masa hadapan

” Walaupun buat masa ini, lokasi yang kita lawati itu tidak mendapat tumpuan daripada pelancong asing, tetapi ia mendapat sambutan daripada para pelancong tempatan,” katanya.

Manakala, Pengerusi STA, Tonny Chew berkata melalui lawatan tersebut, para pengusaha industri pelancongan dan agensi pelancongan boleh melihat sendiri kawasan- kawasan tersebut.

” Setiap kawasan yang dilawati kali ini mempunyai tarikannya yang tersendiri dimana ia akan mampu menarik pelancong asing mahupun tempatan untuk mengunjungi lokasi- lokasi pelancongan berkenaan.

” Di Sabah, kita banyak destinasi- destinasi pelancongan yang menarik namun kurang mendapat pendedahan dari mana- mana pihak,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan