Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

: St. Francis Convent

Penyerahan cek kepada Pengerusi Lembaga Dewan Gabenor Mary Florence Gomez (kanan) sambil diperhatikan oleh Musa.-Gambar Oleh Alex Mairin
Penyerahan cek kepada Pengerusi Lembaga Dewan Gabenor Mary Florence Gomez (kanan) sambil diperhatikan oleh Musa.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: St. Francis Convent yang merupakan antara sekolah mubaligh perempuan pertama di Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1922 terus gah sebagai antara sekolah yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin wanita yang ulung, seperti Toh Puan Hajah Rahimah Stephens, Datuk Ariah Tengku Ahmad, Datuk Aminah Ambrose, Datuk Rosnah Shirlin, dan ramai lagi.

“Sehubungan itu, para pelajar yang masih menuntut pada ketika ini, perlu mencontohi budaya kepimpinan dan kecemerlangan yang telah dibawa oleh senior-senior St Francis Convent seperti yang saya sebutkan tadi.”

“Berusahalah untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi,” katanya ketika berucap sempena majlis makan malam Alumni sekolah tersebut di Dewan Hakka, di sini, hari ini.

Tambah beliau, tujuan majlis tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah yang baru.

“Kerajaan telah meluluskan RM1 juta untuk tujuan tersebut yang akan dibayar dalam tempoh empat tahun dengan bayaran pertama dibuat pada tahun lalu.”

“Saya yakin selepas bangunan yang baru ini siap kelak ia akan dapat memberikan pendidikan yang terbaik bagi para pelajar dan saya berharap sektor swasta juga akan terus menyokong usaha murni ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan