Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SSPDRM digesa perkasa kesiagaan hadapi tugas mencabar – Paul

Kota Kinabalu : Seluruh anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) digesa memperkasakan tahap kesiagaan bagi menghadapi penugasan yang lebih mencabar.

Menurut Komandan SSPDRM Kontinjen Sabah, Supt/SP Paul Lajumin, jumlah anggota pasukan itu yang kini mencecah 2,152 orang di Sabah, juga akan terlibat dalam penugasan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.

Beliau turut mengingatkan para anggota agar sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi, berdedikasi serta memberikan komitmen sepenuhnya bagi mengelak terjebak dengan kes jenayah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Pingat Kebaktian kepada 20 anggota dan seorang pegawai yang telah berkhidmat melebihi 12 tahun tahun serta menunjukkan kelakuan terpuji serta cemerlang di Dewan Kita Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, pada Ahad.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) IPD Kota Kinabalu, DSP Kalsom Idris, Ketua Sukarelawan Polis Daerah, ASP/SP Awang Usli Mohd Salleh dan Ketua SSPDRM Balai Polis Kota Kinabalu, Insp/SP Fadli Izan Mat Min./Penerangan-

Kalsom (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Paul (empat dari kiri), Awang Usli (tiga dari kiri) serta para penerima Pingat Kebaktian.

Komen


Berita Berkaitan