Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SSKM kerja `orang bosan hidup aman’

Bobbey Suan (tengah) disambut dengan tarian tradisi kaum Murut. - foto Kalawon Sawing
Bobbey Suan (tengah) disambut dengan tarian tradisi kaum Murut. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Rakyat negeri ini diingatkan tidak terpengaruh dengan hasutan pihak yang menggelarkan diri mereka Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) ekoran tindakan kumpulan berkenaan menghasut rakyat pelbagai kaum di negara ini melalui laman sosial terutama  Facebook.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastrukutur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, kumpulan SSKM itu semata-mata bertujuan memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negara ini yang sudah  terjalin sekian lama.

“SSKM merupakan kerja pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi yang tidak berfaedah kepada rakyat. Kita boleh katakan orang sebegini mungkin sudah bosan dengan keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah,” katanya ketika berucap melancarkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sarikan, di sini hari ini

Bobbey berkata, rakyat di Sabah perlu bersyukur kerana kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan keperluan komuniti di negeri ini dan semua itu boleh dilihat melalui program-program pembangunan rakyat yang lebih menjurus kepada pembasmian kemiskinan penduduk di luar bandar.

Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka SSKM kerana tujuan mereka adalah untuk kepentingan peribadi dan agenda politik. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan