
KOTA KINABALU: The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program (SSEAYP) kali yang ke-42 yang mendapat penyertaan lebih dari 300 peserta dari negara-negara Asean menjadi platform untuk saling berkongsi budaya antara negara.
Program itu yang melibatkan peserta yang berumur 18 sehingga 30 tahun menjalankan aktiviti di tempat-tempat terpilih yang berbeza di setiap negara bermula 5 November sehingga 15 Disembar.
Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Suzannah Liaw, Kota Kinabalu merupakan antara destinasi yang terpilih bagi program edisi kali ke-42 ini dan pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang tiga hari dua malam para peserta menjalankan aktiviti di sini sebelum bertolak ke lokasi seterusnya.
“Kali ini merupakan kali kedua program ini diadakan di sini selepas 25 tahun dan saya berharap di masa akan datang kita sekali akan menjadi lokasi pilihan agar nilai kebudayaan di negara ini dapat dikongsi dengan negara Asean yang lain, “katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis SSEAYP kali ke-42 mewakili Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin di Pelabuhan Kota Kinabalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah