Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nak racun nenek teracun budak

PAN, di mahkamah semalam.
PAN, di mahkamah semalam.

Beijing: Seorang remaja berusia 19 tahun d sini mengaku salah atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja yang menyebabkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati selepas meminum minuman yang diracunnya.

Remaja berkenaan, Pan, dihadapkan ke Mahkamah Rakyat Haidian dan mengaku mencampurkan 20 bungkusan susu dengan 20 gram nitrat.

Dia kemudian memberi nenek tirinya minum. Bagaimanapun, wanita tua itu membuang 19 bungkusan minuman itu selepas demam setelah meminumnya.

Air itu kemudian dipungut oleh penyapu sampah yang meminum satu daripadanya dan memberikan selebihnya kepada seorang kanak-kanak Xiao Zheng, lima, yang mati tidak lama selepas meminumnya.

Dalam keterangannya di mahkamah, Pan berkata, dia meracun susu berkenaan dengan niat untuk membunuh nenek tirinya selepas wanita tua itu mengusir dia dan keluarganya dari rumah datuknya.

Menurutnya, dia tidak bergaduh dengan neneknya, tetapi bimbang apabila datuknya mati dia dan keluarganya tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya apabila kes itu disambung bicara Isnin depan.

sumber – Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan