Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SRS Bantu Pihak Berkuasa Bendung Kegiatan Jenayah, Gejala Sosial

joseph

KOTA KINABALU — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata inisiatif kerajaan mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bertujuan membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial di kawasan komuniti setempat tanpa mengira bangsa.

Katanya SRS, yang diwujudkan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012, Bahagian III, Seksyen 15 hingga Seksyen 21, beroperasi dalam kawasan Rukun Tetangga dengan menggalakkan penglibatan secara langsung masyarakat yang berumur tidak kurang 18 tahun bagi menjalankan aktiviti rondaan sukarela.

Menurutnya matlamat akhir pelaksanaan SRS adalah menjadikan keadaan kawasan perumahan penduduk dalam keadaan aman, sejahtera dan harmoni.

“Ini adalah inisiatif kerajaan pusat yang dilakukan secara terancang dan tersusun sejak Rukun Tetangga ditubuhkan pada tahun 1975. Semua anggota SRS ini membuat rondaan secara sukarela demi keselamatan dan kepentingan komuniti setempat.

“Jika ada mana-mana badan lain yang ditubuhkan di luar undang-undang maka ini boleh mewujudkan konflik serta menjejaskan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Keadaan ini tentu sekali tidak kondusif untuk mewujudkan perpaduan,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut Kurup bagi memastikan matlamat penubuhan SRS oleh kerajaan pusat itu, SRS dan Rukun Tetangga sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan berlandaskan undang-undang dan Akta Rukun Tetangga sedia ada sejak tahun 2012.

 

Komen


Berita Berkaitan