Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SPRM TIADA KES TERHADAP SHAFIE: LIEW

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bebas tuduhan rasuah.Gambar Fail SNT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan dan mendapati tiada sebarang kes ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

“Setelah meneliti semua keterangan, pendakwa raya memutuskan tiada pendakwaan dalam kes melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikan ketika menjawab soalan Datuk Jamilah Sulaiman (Parti Bersatu Sabah) mengenai perkembangan siasatan kes rasuah melibatkan Mohd Shafie. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan