Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SPRM serbu rumah, pejabat Abdul Azeez

KEADAAN rumah milik seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling berkunci ketika tinjauan di Taman Bemban pagi tadi. – Foto Safuri Kamaruddin

 

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, malam tadi.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi hari ini mengesahkan serbuan berkenaan.

“Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

“Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Siasatan),” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, serbuan berkenaan adalah untuk membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“SPRM Putrajaya dengan dibantu SPRM Perlis menyerbu rumah dan pejabat di Baling, malam tadi.

“Difahamkan, kes berkenaan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan