Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPRM Sabah Tahan Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah

7:49pm 23/08/2016 Pak Roshan 1536 views Jenayah,Mutakhir

sprm-600x366

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah menahan seorang anggota polis semalam kerana didakwa menerima rasuah berjumlah RM2,000.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata anggota polis berumur 41 tahun itu ditahan di kawasan terminal bas Kota Kinabalu kira-kira 2.45 petang selepas menerima aduan daripada seorang suri rumah berumur 48 tahun pada hari sama.

Katanya anggota polis itu didakwa meminta wang itu daripada pengadu sebagai imbuhan agar adik pengadu, yang ditahan di Penjara Pusat Kota Kinabalu oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah kerana disyaki memiliki kaki dan hempedu beruang iaitu binatang liar yang dilindungi, tidak dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, adik pengadu berumur lingkungan 30-an ditahan pegawai jabatan itu pada 20 Ogos lepas dan pada kira-kira 5 petang hari berikutnya, anggota polis itu yang didakwa menyamar sebagai pegawai jabatan itu telah meminta wang tersebut daripada pengadu.

Katanya anggota polis itu direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan