Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPRM Sabah Siasat 22 Penjawat Awam Disyaki Buat Tuntutan Palsu

1:31am 04/08/2016 Pak Roshan 1285 views Jenayah,Mutakhir

sprm

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang menjalankan siasatan ke atas 22 orang penjawat awam di dua buah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu kerana disyaki membuat tuntutan palsu.

Menurut Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, 14 daripada pegawai dan kakitangan awam berkenaan disyaki membuat tuntutan elaun perjalanan palsu melibatkan bil hotel berjumlah RM20,000.

Beliau berkata 14 pegawai dan kakitangan awam itu memegang gred antara 17 hingga 22.

“Siasatan mendapati tuntutan elaun perjalanan adalah melibatkan tuntutan bil hotel yang telah dibeli dengan harga RM10 hingga RM20 yang kemudian digunakan dalam tuntutan perjalanan pegawai atau kakitangan itu dengan menggunakan kadar kelayakan masing-masing,” katanya.

Lapan pegawai dan kakitangan awam yang disyaki itu pula didakwa membuat tuntutan elaun lebih masa palsu melibatkan tuntutan berjumlah RM126,000, menurut beliau.

Difahamkan kakitangan awam itu telah membuat tuntutan lebih masa disyaki palsu itu berkaitan tugas ‘on call’ mereka dalam tahun 2016 sedangkan tugas berkenaan tidak dilakukan oleh mereka.

Shaharom Nizam berkata penjawat awam terlibat disyaki telah meniru tandatangan beberapa pegawai atasannya serta memasukan rekod pesakit lama ke dalam tuntutan tugas elaun lebih masa mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika mengesahkan kes berkenaan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan