Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SPRM panggil Rosmah Mansor

DATIN Seri Rosmah Mansor. – Foto Muhd Asyraf Sawal

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bagi membantu siasatan berkaitan SRC International, hari ini.

Menurut sumber, Rosmah diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi Selasa depan, bagi memberi keterangan.

Katanya, surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Duta, pada jam 4 petang tadi.

Beberapa pegawai SPRM kelihatan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.30 petang. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan