Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPRM masih kira wang tunai di rumah pegawai kanan kerajaan

12:55pm 05/10/2016 Pak Roshan 12217 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Wang RM10 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.

Wang RM10 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.

KUALA LUMPUR: Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini.

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.

Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

“Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

BH difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki. – BH Online

Wang RM10 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.

Wang RM10 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.

duit

duit

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan