Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPR Sabah Yakin Kerusi Dun Bertambah Jika Persempadanan Semula Dilakukan

6:16pm 03/12/2015 Pak Roshan 357 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sabahmap3

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah yakin negeri itu akan mendapat kerusi tambahan susulan kejayaan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya negeri Sarawak, kata pengarahnya Datuk Md Idrus Ismail.

Beliau berkata selain peningkatan populasi yang juga menjadi satu daripada faktor, Sabah juga mempunyai beberapa kawasan yang luas dan memerlukan wakil rakyat sepertimana di Sarawak.

“Sabah sama seperti Sarawak. Negeri ini agak luas. Kita perlukan YB (wakil rakyat) untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan baik.

“Keperluan untuk menambah bilangan kerusi adalah logik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat persempadanan semula negeri Sabah di sini, hari ini.

Taklimat itu dirasmikan anggota SPR Datuk Md Yusop Mansor.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan