Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SPR diminta perjelas cadangan wujudkan kerusi baharu

Rosnah (kanan) membantu seorang warga emas yang menerima kerusi roda disumbangkan beliau sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Ana. - foto Aryan De Vera
Rosnah (kanan) membantu seorang warga emas yang menerima kerusi roda disumbangkan beliau sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Ana. – foto Aryan De Vera

PAPAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menerangkan secara jelas mengenai perincian lokasi yang terlibat dalam cadangan mewujudkan kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau di kawasan Parlimen Papar.

Timbalan Menteri Kerja Raya,  Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penjelasan daripada SPR itu wajar sekiranya persempadanan semula turut melibatkan sebahagian daripada kawasan DUN Pantai Manis dan Kawang.

“Saya menyambut baik cadangan mewujudkan kerusi baharu itu kerana ia memenuhi keperluan semasa dan tuntutan pengundi, namun saya memohon SPR memberi gambaran jelas mengenai lokasi mana yang terlibat dalam cadangan ini.

“Selain itu, perincian itu juga harus melibatkan dua lagi kawasan DUN di Parlimen Papar sekiranya persempadanan semula itu turut membabitkan sebahagian kawasan di kedua-dua DUN itu,” katanya ketika ditemui di Sambutan Maulidur Rasul Kampung Anak, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan SPR untuk mewujudkan satu kerusi baru Limbahau di Parlimen Papar yang menjadi antara tujuh kawasan baru dicadangkan SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah.

Antara kerusi baharu yang turut dicadangkan termasuk Darau di Parlimen Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Pandasan (Kota Belud), Sepagaya (Lahad Datu), Langkon (Kota Marudu) dan Bukit Garam di Kinabatangan.

Ketika ini, Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen dan kali terakhir persempadanan semula dibuat adalah pada 2003.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang telah mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan Jumat yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepanggar yang menyuarakan rasa tidak puashati beliau menerusi laman sosial adalah tidak wajar dan memalukan parti.

Sehubungan itu katanya, Jumat perlu menilai kembali tindakannya sebelum ini termasuk memohon maaf kepada kepimpinan parti kerana apa saja masalah yang timbul mampu diselesaikan secara muzakarah. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan