Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sports TOTO menyumbangkan sebanyak 200 ribu kepada dua orang atlet perahu layar

8:01pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 26 views Sukan,Tempatan
Simbolik Penyerahan cek,Tung Kai Shek(Sports Toto Malaysia) menyerahkan cek kepada Awang Damit (Setiahusaha tetap kemeterian sukan dan belia sabah) sambil diperhatikan oleh  Datuk Hj. Tawfiq(tengah).

Simbolik Penyerahan cek,Tung Kai Shek(Sports Toto Malaysia) menyerahkan cek kepada Awang Damit (Setiahusaha tetap kemeterian sukan dan belia sabah) sambil diperhatikan oleh Datuk Hj. Tawfiq(tengah).

KOTA KINABALU: Sports TOTO telah menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada dua orang atlet perahu layar yang bakal mewakili Malaysia ke sukan olimpik di Rio pada tahun ini dalam satu program yang diadakan di Marina Sutera Club Sutera Harbour.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Hj. Abu Bakar Titingan, sumbangan ini merupakan satu suntikan semangat kepada kedua-dua atlet tersebut untuk berjuang habis-habisan bagi membolehkan mereka mewakili Malaysia dan juga mengharumkan nama negara dalam sukan olimpik pada tahun ini.

“Bagi pihak majlis sukan negeri Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan negeri, kita amat menghargai sumbangan ini dan adalah diharapkan agar lebih banyak pihak yang tampil untuk memberikan sumbangan bagi tujuan pembangunan sukan di negari ini,”katanya ketika di temu ramah sempena  penyerahan cek sumbangan program khas ‘Road to Rio Olympic 2016’ pagi tadi.

Menurut salah seorang atlet tersebut Rufina Tan Hong Mui, sumbangan tersebut amat bermakna bagi mereka sebagai persediaan untuk mengahadapi ujian kelayakan ke sukan olimpik Rio tahun ini.

Kedua-dua atlet tersebut iaitu Rufina Tan Hong Mui, 25, dan Connie Riverra Tsen, 19, akan menjalankan ujian kelayan untuk layak ke sukan olimpik pada bulan Mac ini di Abu Dhabi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Connie (kiri) dan Rufina-Gambar Oleh Alex Mairin

Connie (kiri) dan Rufina-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan