Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keputusan SPM di Sabah catat penurunan

CAL0N CEMERLANG SPM 2014... Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip bergambar bersama para calon yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. - Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
CALON CEMERLANG SPM 2014… Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip bergambar bersama para calon yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Bilangan calon yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam semua matapelajaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di negeri ini, mencatat penurunan seramai 216 calon iaitu 160 calon berbanding 376 orang pada 2013.

Manakala, calon yang lulus semua matapelajaran tahun lepas pula ialah seramai 13,030 orang berbanding 13,849 calon tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM untuk tahun lepas di negeri ini mencatat penurunan dari segi kualiti iaitu sebanyak 0.26 peratus berbanding tahun 2013.

“Bagaimanapun, peratus bilangan calon yang layak mendapat sijil meningkat 0.7% iaitu daripada 87.19% (2013) kepada 87.89% pada tahun ini,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM di Wisma Pendidikan, Likas di sini hari ini.

Katanya, Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Kinabalu terus berada di tempat teratas dengan catatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.02% manakala SM Lahad Datu dan SM St Michael, Penampang masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 2.11% dan 2.78%.

Sekolah lain yang turut cemerlang ialah SMK Agama Inanam (3.28%), SMK Agama Kota Kinabalu (3.56%), SMU Islamiah Tawau (3.65%), SMK Kunak (3.67%), SMK St John Tuaran (3.86%), SM All Saint Likas (3.89%) dan SMK Perempuan Sandakan (3.92%).

Sementara itu, Tan Wei Shan pelajar dari SM Lok Yuk Kota Kinabalu, diumumkan sebagai calon paling cemerlang SPM 2014 di negeri ini selepas berjaya mencapai keputusan 10A+ dan 1A dalam matapelajaran yang diduduki.

Antara pelajar lain yang berjaya mencapai keputusan cemerlang ialah Idayu Mumtaz Iskandar dari SM Maktab Sabah dengan keputusan 9A+ dan 2A, Suren Vynn Chander (SM St Joseph Papar  9A+, 1A, 1A-); Nur Alib Hariyono (SMK Langkon Kota Marudu) 9A+, 1A, 1A-; Ellen Chai Voon Kah (SMK Sung Siew Sandakan) 9A+, 1A, 1A- ;

 

Janice Kwan Kah Weng (SMK Sung Siew Sandakan) 9A+, 1A, 1A- ; Noor Izzati Ambok Chening (SMK Agama Kota Kinabalu) 9A+, 1A, 1A- ; Muhd Ilham Fuad Awang Mohammad (SMK Matunggung Kudat) 9A+, 1A ; Allysa Loo Zainai (SM Lok Yuk Kota Kinabalu) 9A+, 1A-  dan Fatimah Matlin calon dari SM Sains Lahad Datu yang mencatat keputusan 9A+.

 

Dalam pada itu, Jame mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon dan sekolah yang berjaya mempamerkan kecemerlangan masing-masing dalam peperiksaan SPM.

“Saya doakan agar mereka dapat meneruskan budaya kecemerlangan ini dalam apa jua bidang yang mereka ceburi di masa hadapan,” katanya.

Pada tahun lepas, seramai 32,197 calon telah menduduki peperiksaan SPM berbanding 34,036 orang pada tahun sebelumnya yang dijalankan di 324 pusat peperiksaan di seluruh negeri.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah
PELAJAR CEMERLANG... Para pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2014.
PELAJAR CEMERLANG… Para pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2014. – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan