Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPM 2015 Bermula Hari Ini

10:19am 02/11/2015 Pak Roshan 17 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Dis.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian.

Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri terbaharu Twitter semalam mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan