Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Spekulasi terjawab, Jumat umum terus setia bersama BN

KOTA KINABALU: Spekulasi yang menjadi buah mulut dan isu panas di kawasan P.171 Sepanggar akhirnya terjawab selepas mantan ahli parlimennya Datuk Jumat Idris mengumumkan pendirian beliau untuk terus berjuang bersama Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, desas desus berhubung Jumat akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Sepanggar terutama selepas pembubaran parlimen kerana keahlian beliau dalam Umno telah digantung sejak tahun 2015.

Jumat mengumumkan khabar gembira tersebut dihadapan lebih kurang 3 ribu penyokongnya.

Jelas Jumat, biarpun keahliannya dalam UMNO digantung, namun beliau tetap utuh dan setia bersama BN dalam memperjuangkan agendanya membangunkan kawasan Sepanggar.

“Walaupun saya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), saya masih akan meneruskan keahlian saya dalam parti BN sehingga hukuman saya digugurkan.

“Kita harus redha dengan apa yang terjadi kerana perjuangan ini bukan berbentuk peribadi,tetapi untuk masyarakat di Sepanggar. Justeru, bagi saya ‘buanglah yang keruh ambilah yang jernih’ untuk kita menguatkan lagi BN di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Doa Selamat dan Kupi-kupi Sempena PRU14 di kediaman rasminya di Likas, di sini, hari ini.

Sementara itu, Bendahari UMNO Pusat, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Datuk Jumat Idris sebagai seorang pemimpin yang tulen dan sejati.

Jelasnya, beliau juga telah membuat satu perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung proses mengembalikan semula keanggotaan Jumat dalam UMNO.

“Pihak kami telahpun berbincang dengan beliau (Datuk Seri Najib Razak) dan beliau telah menelefon sendiri Datuk Jumat berhubung isu ini.

“InsyaAllah, saya akan membawa isu ini keperingkat pemimpin parti untuk mempertimbangkan isu pergantunggan keanggotaan, bagaimanapun perkara tersebut perlu mengikut prosedur-prosedur tertentu.

“Walaupun beliau(Jumat) tidak dicalonkan pada PRU14 ini, tetapi beliau akan terus bersama BN di Sepanggar,”katanya.

Dalam pada itu, Calon BN Sepanggar, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan yang dibuat Jumat adalah berdasarkan semangat kekeluargaan yang kuat terhadap parti BN.

Jelasnya, semangat kesetiaan beliau terhadap parti BN mencerminkan keperibadian beliau yang sebenar yang masih setia bersama BN walaupun keahlianya digantung.

“Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kepada kita apabila Jumat memutuskan untuk terus bersama BN dan UMNO.

“Saya akan bekerjasama dengan Jumat seperti mana sebelum ini saya tidak ada masalah dengan beliau dan kami akan memastikan kemenangan BN di kawasan Sepanggar,”katanya./SayangSabah

Hubungan kerjasama erat dalam satu keluarga BN Salleh (kiri), Jumat (kanan) dan Rahman (tengah). -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan