Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,825

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Speaker, Pegawai Dewan perlu berubah bagi menangani cabaran masa hadapan

8:04pm 11/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Mutakhir,Tempatan
Tan Sri Pandikar Amin. Oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tan Sri Pandikar Amin. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

 
KOTA KINABALU- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menyeru kepada para Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel agar mengamalkan cara pemikiran, sikap serta imej yang baharu dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam era serba moden ini.

Menurut Pandikar, teknologi yang kian moden terutamanya media sosial sedikit sebanyak menjejaskan peranan badan perundangan negara ini.

“Dalam mewujudkan satu badan perundangan yang amanah da telus, teknologi yang semakin canggih menyebabkan peranan badan perundangan di negara ini dan kita sebagai speaker semakin diragui dan sering kali diperkatakan oleh orang ramai.

Selain itu, Pandikar berkata persidangan dan bengkel-bengkel yang telah dijadualkan pada tahun ini menunjukkan komitmen para Speaker dan Pegawai Dewan menggalakkan dan meningkatkan niat murni dan objektif yang dinyatakan secara jelas semasa pembentukan CSPOC tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel yang ke- 23 (CSPOC) di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini (11 Januari 2016).

Disamping itu, terdapat tiga cadangan yang yang dihantar kepada Kabinet mengenai “Transformation of Parliament” telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pada Khamis yang lepas.

Diantara cadangan yang dipersetujui oleh ahli Kabinet adalah tempoh notis bagi mengemukakan soalan telah dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari dan notis untuk mengemukakan isu-isu semasa telah dilanjutkan kepada tujuh hari.

Selain itu, Pandikar berkata cadangan untuk mewujudkan “Special Chamber” turut dipersetujui oleh ahli-ahli Kabinet bagi mengelakkan persepsi yang tidak baik terhadap Speaker dan Timbalan Speaker di negara ini.

“Menerusi penubuhan “Second Chamber” ini, wakil-wakil rakyat mendapat peluang untuk mengetengahkan sesuatu isu yang mana isu tersebut tidak dipersetujui oleh Speaker semasa dewan bersidang”, kata beliau

Tambahan beliau lagi, cadangan yang ketiga yang telah dipersetujui ialah pembentukan “Ministerial Question Time” dimana wakil-wakil rakyat boleh membincangkan isu-isu berkepentingan awam bersama pihak kementerian yang berkaitan.

“Sesi soal jawab tersebut akan dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Khamis dan kami akan memilih enam buah kementerian mengikut isu-isu yang dibangkitkan”, katanya. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan