Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Speaker, Pegawai Dewan komited untuk mendemokrasikan sistem perhubungan antarabangsa

CSPOC_logo


KOTA KINABALU-Para speaker dan Pegawai Dewan sentiasa komited dalam usaha mendemokrasikan sistem perhubungan antarabangsa dan mempertingkatkan peranan Parlimen dalam menangani pelbagai isu rentas sempadan yang dihadapi oleh dunia masa kini, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang

Menurut beliau, Speaker yang turut merupakan Pegawai Dewan memainkan peranan penting dalam mencapai dan mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang sihat dan kukuh.

“Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam mendalami corak demokrasi di negara ini bagi menghadapi cabaran dalam mengekalkan demokrasi berparlimen dalam era globalisasi ini.”, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis makan malam Gala sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-23 di Grand Ballroom, Hotel Magellan Sutera Harbour, disini, semalam.

Disamping itu, beliau turut berkata bahawa majlis makan malam ini dapat memberi peluang kepada para Speaker dan Pegawai Dewan untuk berinteraksi antara satu sama yang lain dan membina rangkaian kenalan yang baharu yang mana peluang sebegini jarang diperolehi.

Tambahan beliau lagi, jaringan perhubungan yang efektif diantara Parlimen di seluruh dunia merupakan satu cara untuk mengekalkan nama baik dan mengukuhkan persefahaman antara negara. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan