Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Speaker Negara Komanwel Perlu Berfikir Cara Baharu Hadapi Cabaran – Pandikar

5:57pm 11/01/2016 Pak Roshan 17 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

pandikar-600x366

KOTA KINABALU : Speaker dan pegawai Dewan negara-negara Komanwel perlu mengamalkan sikap dan pemikiran baharu dalam menangani cabaran dalam era teknologi dan media sosial baharu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata speaker boleh berperanan sebagai penghubung antara persepsi masyarakat dengan keadaan realiti melibatkan badan perundangan negara-negara anggota.

“Lebih malang, kemunculan teknologi dan media sosial yang canggih pada masa sama menyebabkan badan perundangan dan speaker secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak keraguan dan sinisme.

“Siaran bersifat berat sebelah akan menimbulkan kekecewaan mendalam masyarakat terhadap badan perundangan,” katanya pada ucapan aluan pembukaan Persidangan Ke-23 Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC), di sini hari ini.

Persidangan selama enam hari dihadiri lebih 50 speaker dan pegawai dewan negara-negara komanwel itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dilalui speaker dan pegawai dewan negara-negara Komanwel, namun Pandikar yakin mereka sentiasa memastikan kedaulatan, keselamatan dan kemerdekaan negara masing-masing.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan