Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SPDJM sasar 5,000 ahli dari seluruh Sabah

5:34pm 30/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 429 views Tempatan
Roshazreel (tengah) dan Irwansyah (kiri) ketika sidang media sempena program pengambilan sukarelawan di Hotel Kinabalu Gaya, hari ini

Roshazreel (tengah) dan Irwansyah (kiri) ketika sidang media sempena program pengambilan sukarelawan di Hotel Kinabalu Gaya, hari ini

KOTA KINABALU-  Sukarelawan Pencegahan Dadah dan Jenayah Malaysia (SPDJM) menyasarkan seramai 5,000 ahli anggota SPDJM dari seluruh pelusuk negeri ini.

Menurut Yang Dipertua SPDJM Pusat, Roshazreel Hj Roslan, tujuan sukarelawan tersebut ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan.
“Bantuan-bantuan yang diberikan termasuklah sokongan, memberi kerjasama, kerahan tenaga anggota  untuk bantuan operasi dan sebagainya kepada agensi-angensi seperti PDRM, AADK serta Jabatan Kebajikan Masyarakat”, katanya  kepada media semasa sidang akhbar di di Hotel Kinabalu Daya, disini.
Selain itu, Pesuruhjaya SPDJM Sabah dan W.P Labuan, Dato’ Dr Mohd Irwansyah Teo berkata bahawa pihak SPDJM akan menubuhkan dua skuad iaitu ‘Skuad Operasi’ dan ‘Skuad Penyelamat’ pada bulan jun, tahun ini di seluruh daerah.
“Kesemua peserta yang terpilih menjadi ahli anggota bagi kedua- dua skuad tersebut perlu menjalani latihan secara berterusan seperti kawad, latihan stamina, fizikal dan ia akan dikendalikan pegawai-pegawai dari unit-unit beruniform”, ujar beliau.
Katanya, sejumlah lebih kurang 300 orang warga daerah ini mendaftar menjadi anggota  SPDJM setakat hari ini.
Tambahan beliau, setiap peserta akan menjalani pemeriksaan air kencing dan pemeriksaan latar belakang sebelum mereka layak memasuki skuad-skuad tersebut. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.
Para peserta mendengar taklimat dan sesi soal jawab berkenaan SPDJM

Para peserta mendengar taklimat dan sesi soal jawab berkenaan SPDJM

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan