Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Sorok’ sebalik kubu wang

sorok wang
CHENG membina tembok daripada wang kertas.

 

Beijing: Seorang pemaju hartanah membina kubu daripada wang untuk mengelak diserang pekerjanya selepas tersebar khabar angin dia muflis dan tidak dapat memenuhi bayaran kepada petani yang menyerahkan tanah mereka untuk pembinaan tapak komersial.

Cheng Hsiao, 45, diserbu petani yang bimbang kerugian bersama 1,000 pekerjanya di Guiyang, kelmarin.

Petani, Kong Lu berkata, mereka hendak memastikan dia tidak melarikan diri.

Bagaimanapun, setibanya di situ, mereka terkejut melihat pintu pejabat terbuka dan Cheng berdiri di sebalik dinding diperbuat sepenuhnya daripada wang.

Dia kemudian terus menyerahkan wang, melangsaikan hutang dan membayar bonus kepada pekerjanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan