Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sonar Kesan Objek Besar Dipercayai Badan QZ8501

aa

JAKARTA – Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) semalam percaya badan atau fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu berjaya ditemui.

Pengarah Basarnas, SB Supriyadi berkata, imbasan menggunakan alat sonar berjaya menjumpai satu objek besar berukuran 10 meter panjang, empat meter lebar dan 2.5 meter tinggi di dasar laut.

Objek berkenaan dikesan berhampi­ran lokasi ekor pesawat berkenaan dijumpai di Laut Jawa.

“Pasukan mencari percaya ini adalah bahagian badan atau fiuslaj pesawat QZ8501 yang terhempas.

“Satu pasukan penyelam telah dihantar ke lokasi objek berkenaan dijumpai untuk menyiasat,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pegangkutan Indonesia semalam mengesahkan, kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara kokpit telah berjaya ditemui.

Pesawat milik AirAsia Indonesia itu hilang dari radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Surabaya, Indonesia menuju ke Singapura.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 penum­pang dan kru berlepas dari Surabaya pada pukul 5.20 pagi waktu tempatan pada 28 Disember lalu dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari yang sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung de­ngan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Pesawat itu dinaiki 155 warga Indonesia, tiga warga Korea Selatan dan masing-ma­sing seorang warga Singa­pura, Malaysia, Uni­ted Kingdom dan Pe­rancis.

Pesawat itu terhempas ke dalam Laut Jawa dekat Pulau Belitung, Indonesia selepas menempuh cuaca buruk.

Sehingga kini 48 mayat penumpang berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan