Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Soluxe Hotel adakan sambutan perayaan Krismas

4:15pm 08/12/2015 Dewiana Tinggolongon 29 views Kota Kinabalu,Tempatan
Braised lamb shank bersama tambahan roasted turkey.

                                           Braised lamb shank bersama tambahan roasted turkey.

KOTA KINABALU- Sempena perayaan Krismas buat pertama kalinya Soluxe Hotel Kota Kinabalu akan menawarkan hidangan makan malam Krismas dan Buffet Hi-Tea Hari Krismas.

Hidangan istemewa itu disediakan khas oleh Sous Eksekutif Chef Hassan Abdullah bersama pasukan kulinarinya.

Makan malam sempena sambutan Hari Krismas itu akan diadakan pada 24 bermula jam 6.30 petang manakala Buffet Hi-Tea pada 25 Disember ini bermula  jam 11.30 pagi hingga 3 petang.

Antara hidangan utama untuk makan malam ialah Roasted Sirloin steak, Grilled Salmoon dan braised lamb shank bersama tambahan roasted turkey.

Roasted Sirloin steak

                                             Roasted Sirloin steak

Grilled Salmoon

                                                                      Grilled Salmoon

Harga yang ditawarkan bagi makan malam Krismas adalah sebanyak RM68 seorang termasuk segelas wine, manakala harga Hi-Tea Buffet Christmas sejumlah RM58 seorang .

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan perayaan Krismas itu boleh menghubungi hotel berkenaan di talian 088-327777.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan