Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Solidariti pelbagai agama dan kaum masih kukuh

Isnin Aliasnih (empat dari kanan) memerhatikan seorang artis kaligrafi yang sedang melakar nama beliau dalam huruf Cina. - foto Aryan De Vera
Isnin Aliasnih (empat dari kanan) memerhatikan seorang artis kaligrafi yang sedang melakar nama beliau dalam huruf Cina. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Semangat solidariti pelbagai agama dan kaum dalam masyarakat di negeri ini masih kukuh sejajar dengan toleransi yang menjadi pegangan sejak sekian lama.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih berkata, keunikan Sabah merupakan hasil permuafakatan yang terjalin walaupun berbeza agama dan bangsa, namun rakyatnya masih mampu bersatu sebagai sebuah ‘keluarga’.

“Justeru, segala keharmonian dan kemakmuran ini harus dipertahankan daripada sebarang anasir jahat yang cuba untuk memecahkan kestabilan antara kaum dan agama di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan perarakan kereta berhias anjuran ahli jawatan kuasa (AJK) Tokong Lung Hwa Kampung Lumat, di sini hari ini.

Terdahulu, Isnin turut menyampaikan sumbangan daripada Ketua Menteri berjumlah RM10,000 kepada AJK Tokong Lung Hwa dalam acara tersebut. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan