Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Solek bikin pening kepala

9:03am 22/06/2016 Pak Roshan 23 views Global
MEKAP yang 'memeningkan peminat Monticha.

MEKAP yang ‘memeningkan peminat Monticha.

Bangkok: Seorang jurusolek Thailand mencipta solekan ilusi optik pelik dan agak mengerikan membuatkan wajah modelnya nampak kabur.

Monticha Sriyoschati mempunya lebih 1,000 pengikut di media sosial kerana bakatnya mencipta solekan yang menarik dan unik.

Dalam rakaman terbaru dimuat naik, dia menyolek modelnya Jan Baiboon sehingga nampak seperti mempunyai lima pasang mata serta beberapa lapisan ‘bibir’ dan ‘hidung.’

Hasilnya, wajah Jan nampak seperti dikaburkan atau dilihat menerusi kaleidoskop.

Namun, rekaan terbaru itu mencetuskan pelbagai reaksi peminatnya termasuk yang mengaku takut melihatnya.

Seorang peminat, feesampo berkata: “Takutnya! Janganlah berkecil hati jika saya tidak memandang tepat ke wajah kamu.”

Seorang lagi, nadushka_7 tidak pasti sama ada solekan itu mengagumkan atau menakutkannya.

“Saya sangat keliru. Cantik, tetapi sangat mengerikan,” katanya.

Malah, tidak kurang juga yang mengadu sakit kepala melihat solekan itu.

Bellabaer29 berkata: “Saya tidak boleh memandangnya terlalu lama. Sakit kepala dibuatnya.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan