Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Solat hajat mohon hujan

SEBAHAGIAN penduduk yang menyertai solat hajat bagi memohon hujan.
SEBAHAGIAN penduduk yang menyertai solat hajat bagi memohon hujan.

Bogor (Indonesia): Lebih seribu penduduk di Bogor membuat solat hajat bagi meminta hujan semalam selepas lebih sebulan kemarau melanda bandar berkenaan.

Solat hajat itu yang dianjurkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dihadiri pelbagai peringkat penduduk termasuk pelajar dan anggota tentera.

Ketua umum MUI Bogor, Adam Ibrahim berkata, kemarau yang melanda wilayah itu menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan.

“Haiwan juga tidak dapat makan kerana rumput dan pokok di wilayah ini sudah kering, malah sumur juga tidak mengeluarkan air.

“Melihat keadaan ini, adalah wajar solat hajat diadakan bagi meminta hujan segera turun,” katanya.

Bogor dikenali sebagai kota hujan kerana kawasan itu menerima taburan hujan paling tinggi di Indonesia.

Bagaimanapun, kemarau yang melanda sejak sebulan lalu menyebabkan takungan air yang menyalurkan air bersih kepada penduduk kini berada di tahap kritikal.

Datuk Bandar Bogor, Bima Arya memberitahu, sebahagian kawasan di bandar itu mula terputus bekalan air bersih. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan