Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sokongan semua pihak kepada NGO Islam diperlukan- Sakaran

Sakaran (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil Hidayah Centre Sabah
Sakaran (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil Hidayah Centre Sabah

KOTA KINABALU- Presiden USIA, Tun Dr. Haji Sakaran Dandai menyeru sokongan dari pihak khususnya sektor awam dan swasta untuk terus membantu badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini.

Menurut beliau, NGO Islam seperti Hidayah Centre perlu dibantu agar Syiar Islam di Sabah terus mekar dan ramai pendakwah yang hebat dapat dilahirkan di negeri ini.

“Peranan Jemaah yang kukuh dan bersatu padu sangat penting di dalam konteks pembangunan agam, ummah dan negara dalam konteks dakwah “Rahmatan Lil alamin” khasnya di negeri Sabah dan Malaysia amnya.

“Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ‘Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain’,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah (MIPHCS) Kali ke- 7, di Hotel Tabung Haji, Sembulan, disini semalam.

Sehubungan itu, lebih kurang 200 orang muallaf menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji [email protected] Jaafar dan Pengerusi Yayasan Hidayah Centre, Haji Nicholas Sylvester.

Sementara itu, Nicholas berkata, MIPHCS ke-7 bertujuan mengumpul dana pengoperasian dan aktiviti Hidayah Centre Sabah.

“Pada tahun ini, HCS mensasarkan kutipan dan sumbangan melebihi daripada tahun lepas untuk menampung kos pentadbiran dan menyantuni 1,000 saudara baru yang memerlukan melalui semua cawangan Hidayah Centre di seluruh Sabah.

“Sehingga kini, Hidayah Centre Sabah telah beroperasi di enam cawangan iaitu Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu dan Pagalungan,”katanya.

Terdahulu, Hidayah Centre ditubuhkan pada tahun 2011 dan berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru.

Tujuan utama penubuhan HCS ialah untuk memberi bimbingan dalam bentuk kelas- kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada saudara baru disamping memberi penjelasan tentang Islam kepada komuniti mereka.

Para penyumbang yang berminat untuk menyumbang, boleh menyalurkan kepada The Trustees Of Hidayah Centre Foundation di nombor akaun 562209623239 (Maybank). Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Sakaran menyampaikan cek bernilai RM10,000  disumbangkan Bank Rakyat kepada Hidayah Centre Sabah.
Sakaran menyampaikan cek bernilai RM10,000 disumbangkan Bank Rakyat kepada Hidayah Centre Sabah.

Komen


Berita Berkaitan