Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sokongan pesara guru terhadap kerajaan amat diperlukan

LABUAN: Sokongan yang tidak terbahagi oleh pesara kerajaan khususnya pesara guru kepada kerajaan hari ini amat diperlukan bagi menjamin kesinambungan kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Justeru bekas pesara guru juga memainkan peranan yang amat penting khususnya pengaruh golongan tersebut kepada masyarakat dengan memberikan sokongan penuh dan terus memberikan mandat kepada BN untuk terus memerintah, kata Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan dan Program Santai Bersama Pesara Guru Labuan di salah sebuah hotel terkemuka, di sini tengahari tadi.

Rozman optimis golongan pesara guru di Labuan setia berdiri di belakang kepimpinan kerajaan sedia ada yang mana kerajaan BN amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat khususnya bagi masyarakat di Labuan ini.

“Labuan kini akan terus memacu kejayaan demi kejayaan dengan adanya Rangka Pembangunan Labuan 2030 (Labuan Development Blue Print 2030) serta pengumuman pembinaan jambatan Labuan-Menumbok yang telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri baru-baru ini,” tambah Rozman.

Maka itu, Labuan akan terus dimajukan dan penduduknya bakal menikmati hasil daripada pelan pembangunan serta siapnya kelak jambatan tersebut yang bakal merancakkan ekonomi di Labuan nanti, tambah Rozman lagi.

Justeru, golongan pesara kerajaan juga memainkan peranan dalam memberikan idea dan pandangan untuk di dengari oleh kerajaan dalam menambah baik sistem penyampaian serta membangunkan Labuan khususnya.

Menurut Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Labuan, Datin Dayang Pungut Abdul Jalil, para pesara guru di Labuan berdiri teguh di bawah kepimpinan kerajaan BN dan akan memastikan kemenangan besar BN Labuan pada pilihanraya akan datang.

Ahli-ahlinya amat mengkagumi kepimpinan Datuk Rozman selaku Ahli Parlimen Labuan yang telah bertungkus lumus memastikan Labuan terus menikmati kemajuan yang lebih pesat lagi.-Penerangan Labuan

Rozman (duduk tengah) merakamkan foto kenangan bersama pesara guru Labuan.

Komen


Berita Berkaitan